32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Nak gantung saya sebab petisyen, bagaimana dengan Nurul Izzah sertai demo?’

    Shopee Sale

    Bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli mempersoalkan jika pemimpin parti itu yang membidasnya sebelum ini, akan turut menggesa agar Nurul Izzah digantung susulan penyertaannya dalam perarakan ‘Walk of Justice’ di Putrajaya hari ini.

    Bercakap dengan Malaysiakini, Rafizi berkata tindakan timbalan presiden PKR itu meletakkan parti tersebut “dalam keadaan janggal”.

    “Dia sepatutnya boleh menyelamatkan parti kerana, sebagai timbalan presiden, mereka (ahli akar umbi) akan mengambil isyarat daripada kepimpinan tertinggi. Sembilan ahli Parlimen ini hanyalah penyokong kerajaan biasa.

    “Pandangan kami berdasarkan perspektif kami yang kami boleh melaksanakan tugas sebagai ahli Parlimen,” katanya.

    MENARIK:  Iran benarkan kapal bukan musuh lalu Selat Hormuz

    Terdahulu, seramai 19 ketua cabang PKR Johor menuntut agar Rafizi dan lapan lagi ahli Parlimen parti lain digantung kerana melanggar disiplin parti dengan mengadakan sidang media bagi mendesak penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pelantikan kehakiman.

    Sehari kemudian, 11 ketua cabang PKR Kedah turut menyokong gesaan itu.

    Selain penubuhan RCI, Rafizi dan lapan ahli Parlimen PKR yang lain turut menggesa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) berkenaan reformasi institusi untuk menyiasat dakwaan campur tangan dalam badan kehakiman.

    [Berita lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah