31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nahas udara AS: Penyelam mungkin jumpa kotak hitam pesawat

    Shopee Sale

    Pasukan penyelam mungkin telah menemukan satu daripada dua perakam data, atau dikenali sebagai kotak hitam, milik pesawat yang terhempas berhampiran Washington DC, lapor CBS pada Khamis, menurut Sputnik/RIA Novosti.

    Menurut laporan itu, pesawat berkenaan telah pecah kepada beberapa bahagian yang berada pada kedalaman antara 1.5 meter hingga 2.5 meter. Penyiar juga melaporkan penyelam berjaya mendapatkan akses ke kokpit pesawat berkenaan.

    Helikopter yang bertembung dengan pesawat itu berada dalam keadaan terbalik, namun kelihatan sebahagian besarnya masih utuh.

    MENARIK:  'HeiTech Padu menang tender terbuka, keputusan dibuat tahun lalu'

    Sementara itu, Associated Press melaporkan bahawa berdasarkan rakaman perbualan, helikopter tentera yang bertembung dengan pesawat penumpang berhampiran Reagan National Airport (DCA), Washington, DC, gagal memberi respons kepada amaran pengawal trafik udara mengenai kedudukan pesawat sebelum perlanggaran berlaku.

    Kurang daripada 30 saat sebelum perlanggaran, pengawal trafik udara dilaporkan bertanya kepada juruterbang helikopter sama ada dia dapat melihat pesawat berkenaan, menurut laporan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah