27.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    N Sembilan tarik balik gelaran Datuk bekas VC UKM

    Shopee Sale

    Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan pengurniaan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) kepada bekas naib canselor (VC) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman, ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.

    "Keputusan ini bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja di Negeri Sembilan," kat Pendaftar Darjah Datuk Mohd Zafir Ibrahim pada kenyataan hari ini.

    Mohd Ekhwan dianugerahkan DBNS yang membawa gelaran Datuk pada 14 Jan 2019.

    Malaysiakini pada 4 Feb lalu melaporkan polis menerima dua laporan daripada bekas naib canselor UKM itu berhubung dakwaan fitnah dan tohmahan yang dilontarkan kepadanya.

    MENARIK:  Jordan, Mesir tolak penempatan semula rakyat Palestin susulan seruan Trump

    Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir turut mengesahkan menerima surat peletakan jawatan naib canselor daripada Mohd Ekhwan Toriman.

    Zambry berkata pihaknya menerima peletakan jawatan itu kerana Mohd Ekhwan memberikan sebab mahu menumpukan perhatian terhadap perkara lain. 

    Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan terdapat unsur salah guna kuasa dan penyelewengan di UKM yang mengaitkan Mohd Ekhwan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah