35.1 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Muhyiddin: Ucapan di Nenggiri suatu fakta

    Shopee Sale

    Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, menegaskan kenyataan kontroversi yang dibuatnya di Nenggiri beberapa hari lalu bukan bertujuan menghina institusi raja Melayu.

    Dia juga menafikan kenyataan tersebut - yang setakat ini menyebabkan hampir 30 laporan polis dibuat setakat ini - mahu menghasut orang ramai.

    Sebaliknya kata bekas perdana menteri terbabit, dia hanya menyatakan sesuatu yang bersifat fakta.

    "Saya ingin menegaskan bahawa ucapan saya di Nenggiri adalah suatu kenyataan fakta yang tidak bermaksud untuk menghina institusi raja atau menimbulkan kecenderungan menghasut.

    "Saya percaya kenyataan saya itu tidak melanggar mana-mana undang-undang negara," katanya.

    Pada masa sama dalam kenyataan dikeluarkan petang ini, Muhyiddin juga memberi jaminan untuk bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa yang menyiasatnya.

    Nama Muhyiddin menjadi perhatian ramai ekoran penzahiran kemurkaan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, awal hari ini.

    Baginda merujuk kepada ucapan disebut Muhyiddin sewaktu dia berkempen untuk menghadapi PRK Nenggiri di Kelantan beberapa hari lalu.

    MENARIK:  Ramkarpal anggap alasan Azam Baki tak masuk akal

    Justeru Tengku Hassanal menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak tanpa sebarang kompromi ke atas bekas perdana menteri terbabit kerana dianggap memperlekeh dan mempertikaikan tugas serta perananan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

    Baginda mendakwa ahli parlimen Pagoh itu memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif untuk agar melihat Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil ketika memilih perdana menteri ke-10.

    [Laporan lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah