29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Muda kecam siasatan terhadap pengasas Borneo Komrad

    Shopee Sale

    Muda mengecam tindakan polis memanggil aktivis hak asasi manusia Mukmin Nantang untuk disoal siasat di bawah Akta Hasutan, dipercayai berhubung kes komuniti Bajau Laut yang diusir dari rumah mereka di Semporna, Sabah oleh pihak berkuasa.

    Muda berkata siasatan Mukmin di bawah Akta Hasutan menimbulkan beberapa persoalan.

    "Adakah rakaman video kejadian benar mendedahkan kezaliman dan menyuarakan hak asasi masyarakat yang ditindas kini dianggap sebagai perbuatan hasutan?

    "Adakah kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menjanjikan untuk mansuh Akta Hasutan masih terus menggunakan undang-undang zalim ini untuk menyekat kebenaran, setelah sekian lama mereka memperjuangkan pemansuhan akta ini ketika menjadi pembangkang?" kata Muda dalam satu kenyataan media hari ini.

    Mukmin, yang merupakan pengasas Borneo Komrad itu ditetapkan untuk disoal siasat di ibu pejabat polis daerah Semporna esok, berhubung penyebaran video yang menunjukkan rumah Bajau Laut dirobohkan semasa pengusiran dua minggu lalu.

    MENARIK:  Enjin terbakar, pesawat AirAsia buat pendaratan cemas di KLIA2

    Muda menggesa kerajaan memansuhkan Akta Hasutan serta-merta.

    “Kami juga menggesa supaya Mukmin Nantang dilepaskan daripada tuduhan yang tidak berasas di bawah akta ini.

    "Rakyat Malaysia berhak mengetahui kebenaran dan menyuarakan isu-isu hak asasi tanpa rasa takut," kata Muda.

    Mukmin memainkan perananan penting dalam mengetengahkan isu pengusiran masyarakat Bajau Laut di Semporna awal bulan ini.

    Borneo Komrad yang berpangkalan di Sabah itu juga telah berkongsi video yang menunjukkan pengusiran itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah