27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MP dakwa ada surat layang desak kaum Cina DUN Mahkota tak keluar mengundi

    Shopee Sale

    Pakatan Harapan (PH) mendakwa berlaku penyebaran surat layang mendesak pengundi Cina tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 Sept ini.

    Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi yang juga Penyelaras PH Kluang bagi PRK itu berkata mereka menerima aduan penyebaran surat bertulisan Cina yang disebarkan di beberapa taman perumahan sekitar DUN itu, tengah malam tadi.

    "Saya anggap ini taktik kotor kerana dalam PRK kita sepatutnya menggalakkan orang untuk keluar mengundi. Jadi saya ingin menyeru pengundi untuk keluar mengundi, perkukuhkan Kerajaan Perpaduan untuk kestabilan politik," katanya pada sidang media Pusat Operasi Perpaduan di Kluang hari ini.

    Wong juga berharap pihak tidak bertanggungjawab itu menghentikan perbuatan tersebut.

    MENARIK:  ‘Pengelasan T15 bukan ambil kira pendapatan kasar isi rumah saja’

    PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Syed Hussien Syed Abdullah dengan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

    PRK itu diadakan susulan kematian penyandang Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah