25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, October 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mohd Azmawi angkat sumpah sebagai Adun Nenggiri

    Shopee Sale

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, hari ini mengangkat sumpah jawatan pada Persidangan Kali Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15, di Kompleks Kota Darulnaim.

    Mohd Azmawi Fikri, 38, mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan berikrar untuk menjalankan kewajipan sebagai ADUN dengan sedaya upaya serta akan memelihara, menjaga dan mempertahankan perlembagaan negeri Kelantan.

    MENARIK:  Guru besar Kafa dilibas dengan pisau, cuba halang suspek lari

    Mohd Azmawi Fikri daripada Barisan Nasional menewaskan calon Bersatu mewakili Perikatan Nasional, Mohd Rizwadi Ismail pada Pilihan Raya Kecil Nenggiri 17 Ogos lepas setelah memperoleh 9,091 undi

    Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan yang mesra dengan panggilan Awie itu menang dengan majoriti 3,352 undi sekali gus membolehkan parti itu merampas kembali kerusi berkenaan yang sebelum ini disandang Mohd Azizi Abu Naim (Bersatu).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah