29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Guru besar Kafa dilibas dengan pisau, cuba halang suspek lari

    Shopee Sale

    Seorang saksi kes serangan lelaki bersenjatakan pisau di tandas Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah, Jalan SS 5A/10 Kelana Jaya di Petaling Jaya semalam memaklumkan terdengar jeritan meminta tolong daripada seorang wanita sebelum guru besar Sekolah Agama Rakyat (KAFA) Al-Ehsaniah bergegas memberi bantuan.

    Salwiah Yusof, 37, yang juga guru sekolah agama itu berkata dalam kejadian pada 1.30 tengah hari tadi, dia bersama guru besar serta beberapa guru wanita lain sedang membuat persiapan pembelajaran sesi petang yang akan bermula selepas solat Jumaat.

    “Bagaimanapun, tiba-tiba kami terdengar jeritan meminta tolong dari arah tandas surau yang tidak jauh dari sekolah menyebabkan guru besar segera ke tandas itu untuk melihat apa yang sedang berlaku, tetapi kami masih di dalam kelas.

    “Bagaimanapun tidak lama selepas itu, kami terdengar jeritan meminta tolong semakin kuat menyebabkan saya dan beberapa guru wanita berlari untuk melihat apa berlaku sebelum menemukan guru besar dalam keadaan cedera pada pergelangan tangan.

    “Seorang lagi wanita yang dipercayai singgah di surau berkenaan untuk solat zuhur cedera pada perut dan kepala akibat dilibas dengan pisau, namun kelibat lelaki terbabit tidak kelihatan dipercayai sudah melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

    MENARIK:  Zaid kepada PM: Henti guna nama bumiputera untuk wajarkan keputusan bodoh

    Salwiah berkata guru besar sempat memaklumkan semasa hendak masuk ke tandas itu, dia melihat wanita berusia 26 sedang bergelut dengan suspek dan ketika cuba membantu, dia turut dilibas dengan pisau pada bahagian tangan.

    Sementara itu, Pengerusi Surau dan Kafa Al-Ehsaniah Roselee Mohamed, 70, berkata kejadian ini merupakan yang kedua berlaku di surau terbabit.

    “Sebelum ini pernah berlaku rompakan di dalam surau ini, namun kejadian serangan menggunakan senjata kali pertama terjadi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi.

    Roselee berkata kawasan surau itu dilengkapi dengan tiga kamera litar tertutup (CCTV).

    Dalam kejadian itu, dua wanita cedera dipercayai diserang seorang lelaki menggunakan pisau di dalam tandas surau terbabit dan polis kini sedang giat mengesan suspek dan menyiasat motif sebenar serangan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah