29.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Merusuh guna kerusi plastik di restoran, 12 lelaki dicekup polis

    Shopee Sale

    Polis menahan 12 lelaki selepas terlibat dalam satu kejadian pergaduhan di sebuah restoran di Taman Daya, Johor  Bahru awal pagi tadi.

    Ketua Polis Johor CP Ab Rahaman Arsad menerusi kenyataan hari ini berkata kesemua suspek yang berusia antara 15 tahun hingga 38 tahun itu ditahan antara 10 pagi hingga 11 pagi di sekitar Taman Setia Indah.

    Dia berkata kejadian pergaduhan itu dilaporkan berlaku pada kira-kira 5.40 pagi, dan maklumat itu telah dijadikan laporan maklumat pertama oleh pihak polis.

    Pihak polis turut mengesan satu video tular yang dimuat naik dalam media sosial Facebook oleh pemilik akaun "Lion Wong" dalam kumpulan "Kita Orang Pahang", yang memaparkan kejadian pergaduhan itu.

    “Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan, iaitu merusuh dengan menggunakan senjata, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya,” menurut kenyataan itu.

    MENARIK:  Inkues Zara Qairina: Saksi gambarkan dia paling sedih malam itu - pakar forensik

    Ab Rahaman berkata semakan rekod jenayah lampau ke atas semua suspek mendapati tiga daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

    Dia berkata permohonan tahanan reman ke atas semua suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat di Mahkamah Johor Bahru, esok.

    Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga boleh menjejaskan proses siasatan yang masih berjalan.

    Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran, Hotline Polis Johor menerusi talian 019-279 2095 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor melalui talian 07-221 2999.

    Terdahulu, tular satu video berdurasi 2.37 minit, yang memaparkan pergaduhan melibatkan sekumpulan individu yang bertindak merusuh dengan menggunakan kerusi plastik di sebuah restoran awal pagi tadi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah