25.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MCMC keluarkan 279 arahan, YTL paling banyak gagal patuh piawaian

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan sebanyak 279 Arahan Suruhanjaya kepada pelbagai penyedia perkhidmatan mudah alih di seluruh negara, berikutan ketidakpatuhan terhadap Standard Mandatori bagi Kualiti Perkhidmatan (MSQoS).

    MCMC memaklumkan arahan itu, selaras dengan Penentuan Suruhanjaya No. 2 Tahun 2023 yang bertujuan memastikan penyedia perkhidmatan mematuhi piawaian minimum bagi perkhidmatan akses jalur lebar tanpa wayarm termasuk di kawasan bandar dan luar bandar.

    “Daripada jumlah itu, 154 arahan dikeluarkan kepada YTL Communications, diikuti CelcomDigi (50), TM Technology Services (38), U Mobile (27) dan Maxis (10),” menurut kenyataan itu di Putrajaya hari ini.

    Menurut kenyataan MCMC, pemantauan berterusan mendapati kegagalan beberapa penyedia perkhidmatan dalam aspek-aspek kritikal antaranya kelajuan muat turun; kependaman rangkaian; kehilangan data; ketersediaan perkhidmatan.

    MENARIK:  PN sebulat suara tolak MoU dengan kerajaan

    Aspek lain termasuk masa capaian laman web dan masa capaian penstriman video.

    MCMC memaklumkan penyedia perkhidmatan yang gagal mengambil tindakan penambahbaikan dalam tempoh ditetapkan, boleh dikenakan penalti sehingga RM500,000 bagi setiap ketidakpatuhan seperti yang diperuntukkan di bawah Subseksyen 105(5), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta A1743).

    Sejak 2022, sejumlah 984 Arahan Suruhanjaya telah dikeluarkan iaitu 229 arahan pada 2022, 208 arahan pada 2023, tiada arahan pada 2024 kerana kelulusan hanya diperoleh pada awal 2025 manakala 547 arahan pada tahun ini.

    Untuk maklumat lanjut mengenai MSQoS dan senarai penuh arahan yang telah didaftarkan, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi MCMC di http://www.mcmc.gov.my.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah