29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PN sebulat suara tolak MoU dengan kerajaan

    Shopee Sale

    Perikatan Nasional (PN) sebulat suara menolak dua set deraf cadangan Memorandum Persefahaman (MoU) daripada kerajaan berkaitan dengan peruntukan kepada ahli parlimennya. 

    MoU itu adalah di antara kerajaan dan parti PN serta di antara kerajaan dengan semua ahli Parlimen PN.

    Menurut Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin, keputusan sebulat suara menolak MoU tersebut dibuat atas empat sebab fundamental.

    "Perikatan Nasional telah menerima dua set deraf cadangan Memorandum Persefahaman (MOU) daripada kerajaan berkaitan dengan peruntukan kepada Ahli Parlimen Perikatan Nasional, iaitu di antara Kerajaan Malaysia dan parti Perikatan Nasional serta di antara Kerajaan Malaysia dengan kesemua Ahli Parlimen Perikatan Nasional.

    "Kami membuat ketetapan sebulat suara menolak MOU tersebut," kata pada satu kenyataan hari ini.

    “Beberapa  syarat yang dikenakan dalam MoU ini dikhuatiri boleh menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. 

    “MoU tersebut mengandungi syarat-syarat yang dilihat bertentangan dengan nilai tradisi, nilai budaya, nilai moral, agama serta nilai-nilai tempatan.

    “Deraf MoU tersebut juga tidak mempunyai satu mekanisme yang jelas dan keadaan ini boleh membuka ruang kepada berlakunya apa-apa pelanggaran, mungkir janji atau ketidakpatuhan secara ex-parte.

    “MoU ini turut mengandungi perkara-perkara yang dilihat mengongkong kebebasan bersuara Ahli Parlimen, sedangkan setiap Ahli Parlimen mempunyai hak dan imuniti untuk bersuara bagi pihak rakyat mengikut Akta 347 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Aktivis mohon injunksi henti tembak haiwan di Besut

    Sehubungan itu, katanya, PN  mahu memperingatkan pihak kerajaan kepada manifesto Pakatan Harapan, yang berjanji menyediakan dana pembangunan kawasan pilihan raya (CDF) secara sama rata kepada semua ahli Parlimen tanpa mengira parti dan rakyat sedang menilai apa sudah jadi dengan janji- janji tersebut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah