30.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 29, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MCA kesal ada pelajar 10A bukan bumiputera gagal ke matrikulasi

    Shopee Sale

    Presiden MCA Wee Ka Siong melahirkan rasa kecewa selepas beberapa lepasan SPM bukan bumiputera yang cemerlang gagal dalam rayuan mereka untuk mendaftar ke program matrikulasi kerajaan.

    Ini walaupun Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan minggu lepas semua lepasan SPM mendapat 10A atau lebih tinggi dalam SPM akan dijamin mendapat tempat di institut matrikulasi, tanpa mengira kaum.

    Wee berkata pejabatnya dan pejabat Pemuda MCA telah menerima panggilan daripada ibu bapa yang kecewa kerana anak-anak mereka gagal ke program matrikulasi.

    "Meskipun, PM telah membuat pengumuman rasmi tentang keputusan kabinet, namun pelajar cemerlang tetap gagal memasuki Kolej Matrikulasi. Mereka hampa buat kali kedua.

    "Saya turut merasakan kesedihan para pelajar kerana mereka sangat kecewa apabila gagal dalam percubaan rayuan mereka walaupun mendapat 10A atau 9A,” katanya pad ahantaran di Facebook.

    Wee tidak mendedahkan berapa ramai lepasan SPM bukan bumiputera dengan keputusan peperiksaan 10A atau lebih yang gagal dalam rayuan ke program matrikulasi itu.

    MENARIK:  Penggantungan Hishammuddin: Itu hak Umno bahagian, kata Azalina

    Terdahulu, dilaporkan MCA membantu 173 pelajar yang meminta bantuan MCA untuk mendapat tempat dalam program prauniversiti, termasuk 69 lepasan SPM yang mendapat 10A.

    Program itu ditawarkan sebagai alternatif kepada STPM untuk kemasukan universiti, dengan 90 peratus tempat bahi program itu dikhaskan kepada pelajar bumiputera.

    Walaupun Anwar telah membuat pengumuman itu namun masih kurang jelas bagaimana dasar baru itu akan dilaksanakan.

    MCA juga telah mengkritik dasar baru itu sebagai tidak adil kepada pelajar yang mengambil kurang daripada 10 mata pelajaran peperiksaan SPM.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah