27 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Maut kena renjatan elektrik masa cas telefon dalam bas ekspres

    Shopee Sale

    Seorang remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mahu mengecas telefon bimbit di soket dalam sebuah bas ekspres di Penang Sentral di Butterworth semalam.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abd Rahman berkata mangsa Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, ditemukan maut dalam kejadian kira-kira pukul 6.10 petang.

    "Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian membabitkan seorang penumpang sebuah bas ekspres yang tidak sedarkan diri dalam bas ini dan terus ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.

    "Hasil pemeriksaan awal polis ke atas tubuh mangsa mendapati terdapat kesan melecur di jari sebelah kiri disyaki kesan renjatan elektrik berpandukan keadaan penghujung kabel yang cair dan juga telefon bimbitnya dalam keadaan panas," katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  'Bukan salah saya': Tony Pua sindir permohonan maaf Najib

    Beliau berkata hasil temu bual dengan saksi yang juga pemandu bas itu, mangsa menaiki bas itu seorang diri pada 6 petang untuk menuju ke Kuala Lumpur Sentral.

    Anuar berkata kira-kira 6.10 petang, seorang daripada penumpang dalam bas memberitahu kepada pemandu berkenaan yang mangsa menjerit dan keadaan mulutnya berbuih sebelum pemandu menghubungi ambulans.

    Pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan kematian mangsa sebelum mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bezah siasat.

    "Pegawai perubatan HSJ yang menjalankan bezah siasat mengesahkan kematian disebabkan renjatan elektrik serta tiada kecederaan lain atau unsur jenayah terhadap mangsa," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah