23.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 23, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malaysia sedia sambut Presiden China – Fahmi

    Shopee Sale

    Malaysia bersedia sepenuhnya dengan segala persiapan rapi untuk menyambut Presiden China Xi Jinping yang dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang ini untuk lawatan negara selama tiga hari, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

    Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke akan berada di Kompleks Bunga Raya KLIA bagi menyambut ketibaan Presiden China itu.

    “Kita semua sudah bersedia…. insya-Allah, Presiden Xi akan tiba mungkin dalam masa sejam dari sekarang.

    MENARIK:  Suami isteri didakwa aniaya, abai anak perempuan

    “Acara utama akan berlangsung esok bermula dengan Majlis Jamuan Negara pada sebelah pagi disusuli siri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan China serta antara agensi-agensi pada sebelah petang,” katanya kepada media di Wisma Bernama hari ini.

    Fahmi turut memaklumkan semua tatacara berkaitan protokol negara telah dipatuhi susulan selesai istiadat Pengebumian Negara Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menerima penghormatan itu pagi tadi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah