Malaysia meningkatkan kedudukannya dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International untuk tahun 2025, selepas dua tahun kekal di kedudukan sama.
Malaysia naik ke kedudukan ke-54 paling kurang rasuah daripada 182 negara dan wilayah yang dinilai oleh badan pemantau antirasuah, itu berbanding kedudukan ke-57 dalam ranking sejak 2023.
Skornya turut meningkat kepada 52 mata, menurut laporan CPI 2025, berbanding 50 mata pada 2023 dan 2024.
Peningkatan itu berlaku meskipun tahun ini dicemari oleh skandal rasuah lesen perlombongan di Sabah, yang turut menjadi isu kempen dalam pilihan raya negeri tahun lepas.





