31.8 C
Kuala Lumpur
Monday, October 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Majlis Peguam ingatkan kerajaan – Belajar dari krisis kehakiman 1988

    Shopee Sale

    Majlis Peguam Malaysia hari ini mengingatkan Putrajaya menjadikan krisis kehakiman 1988 – satu krisis perlembagaan yang memperlihatkan campur tangan eksekutif dalam badan kehakiman - sebagai iktibar.

    Dalam satu kenyataan, presidennya Ezri Abdul Wahab menegur kerajaan Persekutuan berhubung keputusan untuk tidak melanjutkan tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, yang bersara semalam tanpa sebarang pelan penggantian yang jelas.

    Ezri Abdul Wahab

    "Ketiadaan ketelusan dalam keputusan untuk tidak melanjutkan tempoh ketua hakim negara, serta kelewatan dalam pelantikan pengganti, bukan sekadar isu pentadbiran — ia berisiko menjejaskan kepercayaan awam terhadap badan kehakiman.

    "Ini adalah perkara yang menyentuh teras tadbir urus negara.

    "Majlis Peguam Malaysia mengingatkan semua cabang kerajaan bahawa peristiwa 1988 kekal sebagai peringatan tentang betapa rapuhnya kebebasan badan kehakiman apabila kepekaan terhadapnya terabai.

    "Pengajaran daripada peristiwa itu tidak boleh diabaikan. Sebarang tindakan atau kealpaan yang menimbulkan keraguan terhadap kebebasan badan kehakiman mesti ditangani," katanya.

    Pada tahun 1988, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memperkenalkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan yang mengekang kuasa kehakiman, dengan meletakkan badan kehakiman tertakluk kepada undang-undang persekutuan yang digubal oleh Parlimen.

    Pindaan ini dibentangkan tidak lama selepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Harun Hashim, mengisytiharkan Umno sebagai pertubuhan haram — satu keputusan dalam kes yang dibawa oleh 11 ahli parti yang mencabar keputusan pengundian Umno tahun 1987.

    MENARIK:  Faiz Na'aman tak berhasrat tanding jawatan dalam PKR

    Peristiwa ini kemudiannya membawa kepada pemecatan kontroversi ketua hakim negara ketika itu, Tun Salleh Abas, yang menentang pindaan perlembagaan tersebut, bersama lima orang hakim Mahkamah Agung.

    Ezri turut menyeru semua ahli Parlimen — khususnya yang berlatarbelakangkan profesion perundangan — agar membangkitkan isu ini apabila Dewan Rakyat bersidang pada penghujung bulan ini.

    "Peralihan kuasa yang lancar sepatutnya telah dipastikan lebih awal sebelum persaraan ketua hakim yang sedang berkhidmat.

    "Kegagalan untuk berbuat demikian memberi isyarat yang membimbangkan — bahawa badan kehakiman boleh dibiarkan dalam keadaan tidak menentu tanpa mengambil kira perananan dan kedudukannya," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah