26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, June 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lim: Adakah Muhyiddin sedia pimpin kempen ‘rakyat Malaysia dahulu’?

    Shopee Sale

    Lima belas tahun selepas menyebabkan Muhyiddin Yassin berkata dia adalah “Melayu terlebih dahulu”, veteran DAP Lim Kit Siang kini mengemukakan soalan susulan mengenai keikhlasan pengerusi PN itu dalam menjadi pemimpin semua rakyat Malaysia.

    Ia susulan kenyataan Muhyiddin bahawa pendiriannya sebagai ‘Melayu terlebih dahulu’ kini tidak lagi relevan, dan dia serta PN akan menjaga kepentingan semua rakyat Malaysia

    “Soalan pertama: Bilakah dia berubah daripada ‘Melayu terlebih dahulu, rakyat Malaysia kemudian’ kepada ‘rakyat Malaysia dahulu, Melayu kemudian’.

    “Soalan kedua: Adakah dia bersedia memimpin satu kempen untuk menggesa semua rakyat Malaysia melihat diri mereka sebagai warga Malaysia dahulu, kaum kemudian?” soalnya dalam kenyataan ringkas hari ini.

    Pada tahun 2010, Lim mencabar Muhyiddin untuk menyatakan sama ada dia melihat dirinya sebagai Melayu atau rakyat Malaysia terlebih dahulu.

    Sebagai jawapan, Muhyiddin yang merupakan timbalan perdana menteri ketika itu berkata dia adalah Melayu dahulu, tetapi ini tidak bermaksud dia bukan rakyat Malaysia.

    MENARIK:  Malaysiakini serah nama 'ikan besar' pada menteri KDN

    Kenyataan itu terus membayangi Muhyiddin dalam kalangan bukan Melayu kemudian dan sering digunakan untuk menggambarkan bekas perdana menteri itu sebagai seorang yang mementingkan etnonasionalisme.

    Walaupun pendekatan politik Muhyiddin dan PN yang berasaskan majoriti Melayu telah membawa kejayaan yang ketara dalam kalangan pengundi Melayu, ia menjadi halangan untuk meraih sokongan kaum lain – satu komponen penting dalam aspirasi gabungan itu untuk membentuk kerajaan persekutuan.

    Dalam usaha untuk meyakinkan bukan Melayu, Muhyiddin dalam satu acara anjuran PN untuk masyarakat India semalam berkata sentimen ‘Melayu terlbih dahulu’ itu sudah berlalu.

    "Saya pernah kata saya Melayu terlebih dahulu. Itu tak penting lagi, saya seorang Melayu prihatin dengan semua rakyat Malaysia," katanya 

    Setakat ini, usaha PN untuk menarik sokongan bukan Melayu masih terbatas dan sering terjejas oleh respons lantang gabungan itu terhadap isu-isu antara kaum.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah