32.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki hilang cari lokan, maut dibaham buaya

    Shopee Sale

    Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak semalam selepas keluar mencari lokan bersama dua ahli keluarganya di Sungai Kalabakan di Kalabakan, ditemukan meninggal dunia pada awal pagi tadi dipercayai akibat dibaham buaya.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Jemishin Ujin berkata mayat Asmadi Harun, 57, ditemukan oleh penduduk Kampung Sungai Ulu Kalabakan pada 4.30 pagi tadi.

    "Mayat itu ditemukan kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang semalam.

    "Pada awal pagi tadi penduduk kampung melakukan pencarian mangsa di sepanjang Sungai Ulu Kalabakan dengan menggunakan tiga bot orang kampung," katanya dalam kenyataan di Kalabakan hari ini.

    MENARIK:  Beberapa orang maut dalam insiden berebut bantuan di Gaza

    Katanya lagi, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Unit Forensik Hospital Tawau dan operasi mencari mangsa ditamatkan sepenuhnya pada 10.45 pagi tadi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah