Seorang lelaki 35 tahun dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 susulan komennya yang merperolok kontroversi jualan stoking bertulis kalimah Allah.
Keputusan itu disampaikan oleh hakim Suzana Hussin selepas Chiok Wai Loong mengaku bersalah dalam pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Chiok yang tidak diwakili peguam mengaku membuat komen itu di Facebook, memohon maaf dan menjelaskan dia tidak bermaksud menghina agama lain.





