32.6 C
Kuala Lumpur
Monday, August 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MCMC siasat isu kesilapan terjemahan China Press – Fahmi

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang menjalankan siasatan berhubung isu kandungan dalam talian terbitan China Press yang didakwa mengandungi kesilapan terjemahan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semasa Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen semalam, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

    Beliau berkata siasatan itu dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu peruntukan berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan komunikasi yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran awam atau menjejaskan keharmonian.

    Fahmi berkata siasatan itu dijalankan susulan aduan rasmi yang dibuat oleh orang awam.

    "Sekiranya ada laporan polis yang dibuat oleh mana-mana pihak, perkara tersebut adalah berasingan dan diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan siasatan berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada," katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Peluk pemimpin Hamas hanya teater dipentaskan Anwar - Isham Rais

    Beliau turut menggesa Majlis Media Malaysia, sebagai sebuah badan bebas memainkan perananan yang telah diperuntukkan.

    Menurut Fahmi, hal itu bagi memastikan pematuhan etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan yang bertanggungjawab dan tepat, serta menjadi platform pengawalseliaan kendiri bagi menangani aduan dan isu berkaitan media secara profesional dan berintegriti.

    "Pada masa sama, orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan komen yang melampau atau bersifat fitnah, khususnya melalui media sosial serta sentiasa menghormati institusi raja dan memberi ruang kepada proses undang-undang yang sedang berjalan," katanya.

    Dilaporkan kesilapan terjemahan titah Seri Paduka Baginda itu adalah berhubung Bahasa Melayu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah