25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki ada rekod jenayah cuba sogok polis lebih RM18,000

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Segamat menahan seorang individu kerana kesalahan memberi rasuah, semalam.

    Menurut sumber, lelaki yang berumur 30 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat kira-kira jam 3 petang.

    Difahamkan, dia ditahan polis ketika pemeriksaan sebuah Toyota Hilux yang dinaiki suspek bersama empat yang lain.

    Katanya semakan kad pengenalan kesemua individu terbabit mendapati mereka mempunyai rekod lampau dadah serta jenayah.

    “Pemeriksaan lanjut dibuat terhadap badan dan kenderaan terbabit membawa kepada penemuan pelbagai jenis dadah dan alatan yang disyaki untuk jenayah pecah rumah.

    “Semasa proses tangkapan, suspek telah menyogok anggota polis dan memberikan wang rasuah sebanyak RM18,500 dan meminta untuk tidak ditangkap,” kata sumber itu hari ini.

    MENARIK:  AGC tolak representasi warga Israel kaji tuduhan miliki senjata, peluru

    Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Azmi Alias, ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah