26.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lebih 28,000 orang diarah pindah, kebakaran hutan California Utara

    Shopee Sale

    GLOBAL | Sekurang-kurangnya 28,000 orang diarahkan berpindah ketika kebakaran hutan terus merebak di California Utara, lapor Xinhua.

    Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California (Cal Fire), kebakaran yang tercetus pada Selasa berhampiran Bandar Oroville di Butte County telah memusnahkan lebih 3,700 ekar (kira-kira 15 km persegi) kawasan setakat tengah hari Khamis dan hanya tujuh peratus daripadanya berjaya dikawal.

    Sekurang-kurangnya empat struktur bangunan rosak manakala empat anggota bomba cedera semasa operasi memadam kebakaran dilakukan.

    Arahan pemindahan telah dikeluarkan di sebahagian Butte County dan lebih 1,900 anggota bomba kini berhempas pulas memadam kebakaran.

    Gabenor California Gavin Newsom pada Rabu mengisytiharkan darurat di Butte County bagi menyokong tindak balas berkenaan.

    MENARIK:  Nik Nazmi nafi kerajaan lengah SOP perlombongan REE

    "Kami menggunakan setiap peralatan yang ada bagi menangani kebakaran ini dan akan terus bekerjasama rapat dengan rakan kongsi tempatan dan persekutuan untuk menyokong komuniti yang terjejas," kata gabenor itu dalam satu kenyataan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah