25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Laksana kadar caruman KWSP progresif untuk pekerja asing, bukan 2 peratus’

    Shopee Sale

    Tenaganita meminta kerajaan melaksanakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara berperingkat untuk pekerja asing.

    Pengarah eksekutifnya, Glorene A Das, berkata langkah itu akan memberi perlindungan yang lebih baik kepada pekerja asing berbanding kadar tetap 2 peratus yang dirancang oleh kerajaan.

    “Sistem caruman berperingkat boleh memberikan penyelesaian yang lebih saksama, di mana pekerja dalam sektor gaji rendah menyumbang pada kadar progresif, yang meningkat secara beransur-ansur sepanjang tempoh pekerjaan mereka.

    “Ini akan memastikan pekerja asing dapat membina simpanan dari masa ke masa, dan tidak tertakluk kepada had 2 peratus semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Pada 3 Feb lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kabinet bersetuju untuk menetapkan kadar 2 peratus caruman KWSP bagi pekerja asing.

    MENARIK:  2 anggota Malbatt cedera ringan, Mindef arah tingkat keselamatan

    Anwar berkata ia lebih rendah berbanding cadangan asal iaitu pada kadar 12 peratus.

    Glorene berkata walaupun pihak majikan menyambut baik pengurangan itu, ia sebenarnya merugikan pekerja asing yang sudah pun berdepan dengan diskriminasi.

    “Pekerja asing sudah pun berada dalam keadaan tidak seimbang dari segi gaji, keadaan kerja dan perlindungan undang-undang, dan pengurangan caruman KWSP ini terus melebarkan jurang ketidaksamaan.

    “Ia memberikan mesej bahawa, walaupun mereka memainkan perananan penting dalam industri seperti elektronik, kelapa sawit dan pembinaan, mereka tidak berhak mendapat jaminan yang sama seperti pekerja Malaysia,” katanya.

    Rang undang-undang untuk mewajibkan pekerja asing mencarum dalam KWSP dijangka dibentangkan dalam sidang parlimen ketika ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah