31 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lagi lobi anti-BlackRock cuba tekan Anwar

    Shopee Sale

    Pelbagai kumpulan Melayu dan pro-Palestin terus melobi supaya kerajaan membatalkan pengambilan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) oleh syarikat milik Blackrock yang didakwa pro-Israel.

    Hari ini, sebanyak 22 kumpulan mengeluarkan kenyataan bersama mendesak kerajaan tidak membenarkan entiti yang didakwa terlibat dalam kekejaman di Palestin bertapak di Malaysia.

    “Malaysia wajib dengan segera memberitahu BlackRock bahawa ia bukan rakan kongsi yang dialu-alukan dalam pemilikan dan pengendalian lapangan terbang kita,” kata mereka.

    Kenyataan itu anarnaya disokong oleh kumpulan boikot Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Pertubuhan Ikram Malaysia dan  Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

    Jumaat lalu, Perdna Menteri Anwar Ibrahim memberi gambaran tidak akan menghalang Global Infrastructure Partners (GIP), yang terlibat dalam pelaburan infrastuktur, daripada membeli saham MAHB. 

    Katanya, rundingan dengan GIP dibuat sebelum BlackRock, syarikat pengurusan aset terbesar di dunia, mengumumkan pengambilan syarikat yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat itu.

    MENARIK:  Goodyear, Mida bekerjasama bantu lebih 500 pekerja terjejas

    Anwar juga berkata, ekonomi Malaysia akan terjejas jika perkara sama dilakukan ke atas semua syarikat berkaitan Israel yang beroperasi di luar negara.

    Sementara itu, kumpulan pelobi mengingatkan kerajaan bahawa Zionis pembunuhan beramai-ramai di Gaza atas dasar perkauman dan bermotifkan penjajahan. 

    “Salah satu cara yang boleh dilakukan ialah dengan tidak mengadakan sebarang kerjasama atau melabur dalam entiti yang terlibat dalam jenayah Israel. 

    “Ini sepatutnya menjadi asas yang jelas kepada keputusan untuk tidak membenarkan BlackRock terlibat dalam MAHB, iaitu sebuah aset negara kita yang strategik,” kata mereka.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah