30.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 29, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kos fi perunding penjenamaan Tabung Haji berjumlah RM5.9 juta

    Shopee Sale

    Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengesahkan kos fi konsortium perunding bagi kerja penjenamaan berjumlah RM5.9 juta untuk tempoh tiga tahun.

    TH memaklumkan fi berkenaan merangkumi aspek penyelidikan dan kajian pasaran, audit dan pelan penjenamaan serta perhubungan awam dan latihan pembudayaan dalaman.

    “Sehingga kini, RM1.6 juta telah dibayar mengikut jadual bayaran,” menurut TH dalam satu kenyataan.

    TH menegaskan tiada sebarang kontrak atau pelantikan lain dibuat berhubung inisiatif berkenaan dan menekankan komitmen untuk memastikan semua keputusan selaras dengan garis panduan serta kepentingan para pendeposit.

    MENARIK:  Hampir setengah juta pelarian Syria pulang ke tanah air - UNHCR

    Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 pada 18 Ogos lalu, menyatakan kos fi menggunakan perunding bagi projek penjenamaan TH adalah RM5.9 juta untuk tempoh tiga tahun.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah