27.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kongres Nasional PKR 2024/2025 bermula hari ini

    Shopee Sale

    Kongres Nasional PKR 2024/2025 bermula hari ini dengan perasmian serentak Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Kongres Wanita oleh Setiausaha Agung Dr Fuziah Salleh.

    Perasmian kongres akan berlangsung pada 8 malam di Berjaya Waterfront Hotel di Johor Bahru, dengan dihadiri Ketua AMK Adam Adli Abdul Halim, Ketua Wanita Fadhlina Sidek serta perwakilan kedua-dua sayap.

    Kedua-dua sayap parti akan memulakan kongres masing-masing esok, dengan ucapan dasar Adam Adli dan Fadhlina.

    Ia diikuti dengan sesi perbahasan ucapan dasar ketua sayap sebelum sesi penggulungan oleh setiausaha, naib ketua, timbalan ketua dan ketua sayap masing-masing.

    MENARIK:  Pemandu bas ekspres rentung di lebuh raya

    Pengundian Pemilihan Peringkat Pusat akan diadakan pada Jumaat merangkumi pengundian Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan AMK dan Majlis Pimpinan Wanita, bermula 8 pagi hingga 5 petang.

    Presiden PKR yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menyampaikan ucapan dasar sekali gus merasmikan Kongres Nasional PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada sebelah malam, hari sama.

    Fuziah sebelum ini berkata hampir 10,000 perwakilan dijangka hadir pada Kongres Nasional PKR 2024/2025 seterusnya mengundi secara fizikal bagi Pemilihan Pusat manakala 20,000 perwakilan lagi akan mengundi secara dalam talian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah