29.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KKM mahu tindakan lebih tegas ke atas pengamal perubatan palsu

    Shopee Sale

    Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengamal perubatan palsu dipercayai warga asing yang menjalankan pusat perkhidmatan perubatan estetik tanpa lesen serta tidak bertauliah di negara ini.

    Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata beliau akan membawa perkara itu ke Mesyuarat Pasca Kabinet supaya agensi bertanggungjawab menyiasat dengan lebih terperinci.

    “Tindakan undang-undang akan dikenakan kerana dipercayai aktiviti tersebut dijalankan secara haram," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres ASEAN ke-13 dan Kongres Kesihatan Perak ke-10 di Ipoh hari ini.

    Sebelum ini, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa KKM menjalankan siasatan segera terhadap pengamal perubatan palsu dipercayai warga asing dan premis kecantikan miliknya yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Johor.

    Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim berkata ini selepas seorang wanita yang menjalani pembezahan payudara membabitkan kos RM23,400 pada 21 Jun 2022 mengalami kesakitan selepas terperdaya melakukan pembezahan di pusat perkhidmatan perubatan estetik tanpa lesen akibat tertarik dengan tawaran di media sosial.

    MENARIK:  Minta pemimpin anda pulangkan mandat rakyat - Razlan jawab Pemuda PH

    Dalam perkembangan lain, Lukanisman berkata tindakan beberapa pekerja lelaki berbadan sasa yang menjual durian tanpa memakai baju di sebuah gerai dipercayai di Kajang, Selangor tidak sesuai dalam proses penyediaan makanan kerana ia melibatkan kebersihan diri.

    "Walaupun bertujuan meningkatkan hasil jualan tetapi tindakan tersebut tidak boleh dicontohi penjual makanan lain kerana ia membabitkan penjualan buah-buahan, tidak membuat penyediaan makanan yang bermasak,” katanya.

    Baru-baru ini tular di media sosial beberapa pekerja lelaki berbadan sasa menjual durian dengan tidak memakai baju.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah