25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kibar bendera asing: Polis Perak rujuk Bukit Aman

    Shopee Sale

    Insiden pengibaran bendera negara asing ketika perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan Khamis lepas dirujuk kepada Bahagian Perundangan (D5) Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

    Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata kertas siasatan oleh Polis Perak mengenainya telah diserahkan kepada bahagian itu hari ini dan sebarang arahan akan dilaksanakan berdasarkan keputusan dibuat bahagian berkenaan.

    “Kertas siasatan akan dirujuk kepada D5 Bukit Aman terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

    “Kita hanya tunggu sama ada perlu menambah bukti atau meneruskan dengan pertuduhan di mahkamah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh hari ini.

    Azizi berkata setakat ini sebanyak 61 laporan diterima pihaknya membabitkan perarakan itu.

    MENARIK:  Sembilan rumah terjejas dipukul ribut di Jasin

    “Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana pihak penganjur melanggar syarat permit dan Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan 1949 kerana mengibarkan bendera asing ketika perarakan,” katanya.

    Sebelum ini, tular video di laman media sosial memaparkan beberapa individu mengibarkan bendera negara asing sambil bersorak ketika perarakan sambutan Guan Gong Sedunia yang berlangsung dari 8 malam hingga 11.30 malam itu.

    Azizi sebelum ini dilapor berkata video yang tular itu turut memaparkan bendera negara Thailand dan Vietnam dikibarkan.

    Sebanyak 17 peserta warga China yang terlibat dalam sambutan itu dilaporkan turut telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah