26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Khir Toyo masuk Bersatu: Tiada lagi duri dalam Umno Sungai Besar – Jamal

    Shopee Sale

    Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Jamal Yunos secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Bersatu kerana menerima penyertaan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dalam parti itu.

    “Terima kasih saya ucapkan kepada parti Bersatu kerana sudi terima mamat ini.

    “Hilang duri dalam Umno bahagian Sungai Besar. Amin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

    Jamal mengulas kenyataan Khir yang mempertahankan keputusannya menyertai Bersatu, dengan mendakwa bahawa Umno tidak lagi memainkan perananan sebagai parti dominan dalam kerajaan.

    Bekas Adun Sungai Panjang itu juga pernah menjadi Ketua Umno Bahagian Sungai Besar.

    Berita penyertaan Khir ke dalam Bersatu dikongsikan oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik dalam satu hantaran di Facebook semalam.

    MENARIK:  Nahas FRU: Pemilik syarikat lori akan diheret ke mahkamah - Loke

    Langkah itu menerima kritikan daripada pemimpin-pemimpin Umno yang melabelkan Khir sebagai ‘pemimpin penyapu’ – merujuk kepada insiden pada tahun 2007 apabila dia menghadiahkan penyapu kepada seorang pegawai majlis daerah sebagai satu bentuk penghinaan.

    Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi berkata, parti itu tidak rugi apa-apa dengan tindakan Khir keluar parti.

    Menurutnya, ahli-ahli Umno, penjawat awam dan rakyat tidak pernah melupakan “legasi penyapu” yang dibawa Khir semasa menjadi menteri besar, yang menurutnya menjadi punca Umno kehilangan kuasa di Selangor.

    Puad mendakwa Khir meninggalkan parti kerana kecewa tidak dicalonkan oleh Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah