32.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Khemah NGO diturunkan sebab halang laluan – DBKL

    Shopee Sale

    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan terhadap khemah dan bahan milik Multiracial Reverted Muslims (MRM) di Jalan Bukit Bintang di Kuala Lumpur semalam dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang.

    DBKL dalam kenyataan memaklumkan penguatkuasaan di hadapan Bangunan Yayasan Selangor itu diambil selepas pemantauan mendapati berlaku pelanggaran peraturan berkaitan pemasangan khemah di  laluan pejalan kaki yang perlu bebas daripada halangan bagi menjamin keselamatan serta kelancaran pergerakan orang ramai.

    “Petugas DBKL telah hadir ke lokasi bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak yang terlibat. Walau bagaimanapun, selepas menunggu melebihi 30 minit, tiada wakil pihak berkenaan tampil untuk memberikan kerjasama atau penjelasan.

    “Sehubungan itu, DBKL telah menurunkan khemah serta memindahkan bahan-bahan berkaitan untuk tujuan simpanan selaras dengan undang-undang dan peraturan kecil yang berkuat kuasa. Sepanjang pelaksanaan tindakan tersebut, pihak yang bertanggungjawab masih tidak hadir untuk memberikan penjelasan,” menurut kenyataan itu hari ini.

    MENARIK:  Marzuki dakwa Hamzah kini cuba pecahkan Bersatu dari luar

    DBKL memaklumkan semua tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara profesional, berhemah dan berlandaskan undang-undang.

    “Penguatkuasaan ini penting bagi memastikan keselamatan awam, ketenteraman bandar serta kelancaran penggunaan ruang awam terus terpelihara demi kepentingan bersama warga kota,” menurut kenyataan itu.

    DBKL memaklumkan pihaknya tidak pernah menghalang sebarang aktiviti dakwah di ruang awam, namun semua aktiviti perlu mematuhi proses dan prosedur yang ditetapkan.

    “Dalam masa terdekat, pihak pengurusan DBKL akan mengadakan perjumpaan dengan MRM bagi mengadakan perbincangan konstruktif ke arah penyelesaian jangka panjang serta memastikan situasi seumpama ini tidak berulang,” menurut kenyataan itu.

    Media sebelum ini melaporkan terdapat beberapa pihak yang membantah dan mempersoalkan tindakan DBKL terhadap reruai dan bahan Street Dakwah anjuran MRM pada petang semalam.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah