26 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes ubah tanah rizab Melayu: Pengarah urusan bebas tahanan reman SPRM

    Shopee Sale

    Seorang pengarah urusan sebuah syarikat berkaitan hartanah yang ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa lepas telah dibebaskan hari ini.

    Majistret S. Punitha membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam yang mewakili suspek.

    Menurut sumber, suspek bebas dengan jaminan RM50,000 beserta dua penjamin dan perlu hadir ke Pejabat SPRM setiap bulan.

    Pada Isnin lepas, SPRM menahan suspek ketika hadir memberi keterangan di pejabat agensi itu di sini kerana disyaki memberi rasuah kepada seorang penjawat awam bagi mengubah status Tanah Rizab Melayu seluas 650 hektar.

    “Ini menyebabkan Tanah Rizab Melayu tersebut dipecah sempadan dan dipindah milik kepada syarikat serta individu bukan Melayu,” katanya.

    MENARIK:  Hanya orang mimpi siang hari saran singkir MCA dari BN, kata Zahid

    Berikutan itu, suspek direman empat hari bermula Selasa lepas.

    Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah