31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kertas siasatan kes pijak al-Quran dirujuk ke AGC hari ini

    Shopee Sale

    Kertas siasatan berhubung individu yang fotonya tular memijak al-Quran akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini bagi tindakan lanjut.

    Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman memaklumkan pihaknya akan mendapatkan nasihat dan arahan daripada pejabat AGC selaras dengan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pendakwaan kepada Peguam Negara.

    "Setakat ini, sebanyak 62 laporan polis seluruh negara telah diterima merujuk kepada penularan foto berkenaan.

    "Seramai 43 saksi juga sudah dipanggil bagi tujuan rakaman percakapan bagi membantu siasatan," katanya menerusi satu kenyataan lewat malam tadi.

    Menurut Yahaya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    MENARIK:  'Jika saya tak teruskan tanggungjawab, tercapailah matlamat ugutan'

    Katanya, siasatan dijalankan secara profesional dan adil, tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menggugat keharmonian dan ketenteraman negara.

    "Pihak kami turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan dan menjejaskan ketenteraman awam serta sensitiviti agama," tegasnya.

    Menurutnya individu terbabit ditahan pada 25 Feb lalu sebelum direman sehingga 28 Feb bagi membantu siasatan.

    Perintah tahanan reman kemudian disambung sehingga 3 Mac bagi membolehkan siasatan dilengkapkan.

    "Ketua Polis Daerah Kuantan telah mengeluarkan kenyataan media mengenai tangkapan individu berkenaan," jelasnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah