26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kenyataan AGC beri bayangan PM tak setuju calon JAC’

    Shopee Sale

    Rafizi Ramli berkata respon yang diberikan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap saranan sembilan ahli parlimen PKR semalam memang mengesahkan kebimbangan mereka secara tidak langsung.

    Lebih daripada itu, Rafizi menegaskan, kelewatan pelantikan jawatan penting hakim ketika ini juga membayangkan bahawa ada isu terkait dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

    Katanya, walaupun mengalu-alukan pandangan AGC, kenyataan pagi tadi mengesahkan tiga perkara secara tidak langsung termasuk wujud kelewatan dalam proses lantikan dan pencalonan daripada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).

    Cadangan itu, kata Rafizi, tidak dipertimbangkan atau tidak diambil tindakan.

    “Sementara saya sedia maklum peruntukan Perlembagaan Persekutuan bahawa tanggungjawab menasihati Yang di-Pertuan Agong adalah kuasa perdana menteri; dan kuasa JAC ialah mengemukakan senarai calon yang telah dipertimbangkan dan ditapis kepada perdana menteri; keadaan bila mana ada kekosongan mendesak dari mahkamah tinggi ke Mahkamah Persekutuan akibat kelewatan pelantikan membayangkan perdana menteri tidak bersetuju dengan calon-calon yang telah dikemukakan JAC,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Najib, Irwan lepas kes pecah amanah RM6.6 bilion IPIC

    Secara pentadbiran dan undang-undang, tambah Ahli Parlimen Pandan itu lagi, perkara tersebut boleh dijelaskan seperti kenyataan dibuat AGC.

    Namun dari sudut pandangan umum, katanya, ia menguatkan spekulasi bahawa cabang eksekutif serdang mahu mempengaruhi pelantikan hakim-hakim yang difikirkan lebih serasi dengan pandangan kerajaan.

    “Jika tanggungjawab perdana menteri di bawah perlembagaan ialah melindungi kebebasan, kredibiliti dan integriti badan kehakiman seperti kenyataan AGC, maka perkara-perkara yang boleh mengundang spekulasi seperti itu (cubaan mempengaruhi pelantikan hakim) perlulah dielakkan, kalau pun ia tidak melanggar tatacara prosedur,.” Katanya.

    [Laporan lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah