29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kenapa PM, Farhash tak disoal siasat, tanya peguam Yusoff

    Shopee Sale

    Rafique Rashid Ali mendakwa pihak berkuasa sudah menghentikan siasatan terhadap Anwar Ibrahim dan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang didakwanya memfitnah Yusoff Rawther.

    Menurut peguam itu, andaian tersebut dibuat kerana perdana menteri dan ahli perniagaan terbabit tidak pernah dipanggil untuk disoal siasat.

    Bercakap kepada media hari ini, Rafique berkata, perkara tersebut disahkan oleh pihak berkuasa melalui surat bertarikh 29 Jan lalu dan diterimanya semalam.

    Kata Rafique, pihaknya menerima surat daripada polis yang mengesahkan bahawa mereka masih menunggu arahan lanjut daripada pendakwa raya sama ada untuk memanggil Anwar dan Farhash untuk disoal siasat atau tidak.

    “Sudah 18 bulan sejak Yusoff menamakan individu-individu ini (dalam laporannya) dan polis masih belum merekodkan kenyataan mereka (walaupun) Yusoff menamakan mereka dengan jelas.

    “Siapa yang akan menjawab untuk ini? Siapa yang akan mengembalikan hukuman penjara sembilan bulan 10 hari Yusoff (dipenjarakan di bawah reman?)," katanya.

    Menurut Rafique, ia berlaku ketika perdana menteri menunjukkan kemarahannya kepada kakitangan awam yang lambat bertindak dan memberi mereka tujuh hari menyelesaikan isu tertangguh.

    Sebaliknya, tambah peguam itu, aduan Yusoff pula sudah berlalu selama 18 bulan dan kedua-dua individu yang dinamakan itu belum dipanggil untuk memberi keterangan.

    Yusoff, 32, ditangkap polis pada 6 Sept 2024 sebelum didakwa pada 12 Sept atas pertuduhan mengedar 305g ganja semasa berada di dalam kenderaan di luar surau di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

    Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10.15 pagi.

    Yusoff didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 dan 40 tahun dan minimum 12 sebatan rotan.

    MENARIK:  3,383 mangsa banjir masih berlindung di PPS Sarawak, Sabah

    Dia juga didakwa memiliki dua senjata api tiruan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara pada jam 9.25 pagi, hari yang sama.

    Ada masa mencukupi

    Tuduhan di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 memperuntukkan hukuman maksimum penjara satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000, atau kedua-duanya.

    Menurut Rafique persoalan tersebut bukan dibangkitkan oleh dirinya dan tidak mengapa jika ia tidak disiasat polis.

    Sebaliknya, tambah peguam itu, persoalan mengenai kes Yusoff itu dibangkitkan oleh hakim sendiri semasa membebaskan lelaki terbabit.

    Ketika itu, katanya, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjelaskan bahawa ketiadaan siasatan polis terhadap dakwaan Yusoff menimbulkan keraguan yang besar terhadap kes pendakwaan.

    Yusoff dilepas dan dibebaskan oleh hakim Jamil Hussin pada 12 Jun tahun lalu apabila mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadapnya.

    Jamil dalam keputusannya berkata pegawai penyiasat gagal meneliti dakwaan Yusoff yang memberitahu dia menjadi mangsa peranangkap.

    “Pegawai polis mempunyai masa yang mencukupi untuk mengesahkan kenyataannya tetapi tidak berbuat demikian,” kata Jamil seperti dilaporkan, sambil menambah bahawa ini telah menjejaskan tertuduh.

    Pihak pendakwaan kemudian merayu pembebasan tersebut dan Rafique mengesahkan ia akan didengar pada 15 Jun ini.

    Sehari selepas pembebasan Yusoff, ketua polis negara ketika itu, Razarudin Husain, berkata pihak berkuasa tidak perlu mengambil kenyataan Anwar kerana ia telah dibuat semasa peringkat awal siasatan.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah