33.4 C
Kuala Lumpur
Friday, August 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kena tanya Trump kenapa tarif Malaysia naik 1 peratus, kata Tengku Zafrul

    Shopee Sale

    Malaysia menyerahkan kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menjelaskan tindakannya meningkatkan tarif ke atas eksport Malaysia.

    Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata Malaysia telah mengemukakan pertanyaan kepada Pejabat Perwakilan Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) berhubung kenaikan tarif tersebut, namun setakat ini belum menerima jawapan rasmi.

    “Itu kena tanya USTR dan kita dah tanya, dia pun tak ada jawapan kerana ini terpulang kepada Trump. 

    “Seperti Jepun juga yang tanya kenapa tiba-tiba naik satu peratus. Tetapi kita terima dalam konteks perbincangan.

    “Satu peratus itu masih rendah berbanding negara seperti Thailand, Indonesia dan sebagainya,” katanya dalam sidang media khas berkenaan kadar tarif balas terkini yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini. 

    Tengku Zafrul Abdul Aziz

    Apa yang penting, kata Tengku Zafrul, Malaysia akan terus mengadakan rundingan memandangkan kadar tarif tersebut hanya akan berkuat kuasa bermula 1 Ogos ini.

    Zafrul berkata demikian mengulas persoalan sekitar peningkatan tarif ke atas eksport Malaysia, di sebalik gambaran rundingan antara kedua-dua negara berjalan dengan positif. 

    MENARIK:  ‘Tukar KP tiga kali, masih tak jalan’ - Wan Saiful gesa rombak J-KOM

    Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata perbincangan dengan AS tidak hanya berkisar tentang tarif, sebaliknya melibatkan pelbagai aspek termasuk perundangan dalam negara. 

    “Undang-undang yang penting untuk negara kita dan kita tak boleh berkompromi.

    “Oleh itu, kita perlu melihat secara keseluruhan dan seperti saya sebut tadi, kalau boleh kita nak kurangkan bawah 25 peratus dan lantainya ialah 10 peratus,” katanya.

    Antara negara yang akan dikenakan tarif 25 peratus ialah Jepun, Korea Selatan, Tunisia, Kazakhstan.

    Kadar lebih tinggi akan dikenakan terhadap negara lain seperti Afrika Selatan dan Bosnia dan Herzegovina (30 peratus), Serbia dan Bangladesh (35 peratus) serta Kemboja dan Thailand (36 peratus).

    AS mengenakan tarif lebih tinggi sebanyak 25 peratus ke atas sebarang dan semua produk Malaysia yang dieksport ke negara itu, berkuat kuasa 1 Ogos tahun ini, berasingan daripada semua tarif sektor.

    Angka tersebut merupakan satu peratus lebih tinggi berbanding tarif yang diumumkan Trump pada April lalu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah