27.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kematian pempengaruh Taiwan: Namewee dipercayai ada hubungan istimewa dengan mangsa

    Shopee Sale

    Penyanyi rap tempatan Wee Meng Chee atau Namewee, yang kini direman bagi membantu siasatan kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan, dipercayai mempunyai “hubungan istimewa” dengan mangsa.

    Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata siasatan mendapati Namewee telah bersama wanita itu sejak dari luar negara sehingga kedua-duanya berada di negara ini.

    “Setakat ini, siasatan mendapati suspek memang mempunyai hubungan istimewa dengan mangsa.

    “Kita juga telah merakam keterangan semua individu yang terlibat dalam kes ini," katanya pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Deepavali Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di ibu negara hari ini.

    Beliau berkata setakat ini polis masih menunggu laporan penuh bezah siasat dan laporan toksikologi mangsa yang dijangka mengambil sedikit masa.

    Fadil berkata mayat wanita itu juga masih belum dituntut oleh keluarganya.

    MENARIK:  Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini

    "Ada individu cuba menuntut (mayat) tetapi kita tidak benarkan kerana tiada keizinan. Jadi kita meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang keluarga mangsa untuk tampil bagi membantu siasatan," katanya.

    Media sebelum ini melaporkan penyanyi rap berkenaan dibenarkan disambung reman tiga hari hari hingga Khamis ini selepas reman pada 5 Nov lepas berakhir semalam.

    Mangsa iaitu Hsieh Yun Hsin, 33 tahun ditemukan mati di dalam tab mandi di bilik air di sebuah hotel di Jalan Conlay pada 22 Okt lepas sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bezah siasat.

    Kes itu yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), kini disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Namewee dipercayai merupakan individu terakhir yang dilihat bersama mangsa.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah