31.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kelantan ucap terima kasih, harap wang terus disalur secara berjadual

    Shopee Sale

    Kelantan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan persekutuan atas penyaluran wang ihsan sebanyak RM58.6 juta pada minggu lalu. 

    Menteri besarnya Mohd Nassuruddin Daud bagaimanapun berharap penyaluran pembayaran terus dibuat secara berjadual berdasarkan prinsip dan semangat persekutuan. 

    “Kerajaan negeri sentiasa telus dalam melaksanakan sebarang peruntukan demi kesejahteraan rakyat Kelantan. 

    “Wang ihsan adalah satu bentuk terimaan yang sememangnya diperuntukkan dalam bajet negeri dan semua terimaan dan perbelanjaan yang terdapat dalam bajet negeri adalah diaudit oleh Jabatan Audit Negara,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

    Semalam Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan kerajaan persekutuan menyalurkan hampir RM1 bilion wang ihsan kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu bagi tahun 2023. 

    Kementerian itu berkata jumlah tersebut meliputi RM786 juta untuk Terengganu dan RM200 juta untuk Kelantan bagi hasil petroleum di luar pantai kedua-dua negeri itu. 

    MENARIK:  Ajaran The Ahmadi sesat, bercanggah ajaran Islam, hukum syarak -MKI

    Selain itu, kementerian itu berkata kerajaan persekutuan juga membayar wang ihsan berjumlah RM172.3 juta kepada kerajaan negeri Terengganu dan RM58.6 juta kepada kerajaan Kelantan bagi membiayai komitmen emolumen kerajaan negeri.

    Selain itu, bayaran RM103.1 juta pula dibuat untuk obligasi kerajaan Terengganu kepada kontraktornya.

    Sementara itu, Mohd Nassuruddin turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan memohon maaf kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan seluruh rakyat Malaysia. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah