26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kebakaran Putra Heights: Polis terima 769 laporan, ambil keterangan 179 saksi

    Shopee Sale

    Sebanyak 179 saksi telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan insiden kebakaran saluran gas Putra Heights, Subang Jaya setakat ini, kata Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan.

    Hussein berkata daripada jumlah itu, 138 ialah mangsa insiden, diikuti pemaju dan kontraktor (10), Petronas (4), polis (8), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) (2) dan lain-lain (14).

    “Turut dirakam keterangan ialah seorang daripada Kementerian Kesihatan dan seorang profesor madya bidang kejuruteraan dan binaan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Kebakaran saluran gas pada 8.10 pagi, 1 April lepas itu menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah lebih 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

    Hussein Omar (tengah, duduk)

    Hussein berkata setakat enam petang semalam, sebanyak 769 laporan polis diterima yang kebanyakannya melibatkan kerosakan rumah dan kenderaan serta kecederaan yang mereka alami akibat insiden itu.

    “Setakat hari ini, hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS), iaitu di Masjid Putra Heights yang masih beroperasi,” katanya.

    Hussein berkata Op Gas Putra Heights 2025 yang masuk hari ke-12 hari ini melibatkan 539 individu daripada 13 agensi dengan kekuatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) sebanyak 125 orang yang ditugaskan membuat kawalan keselamatan 24 jam di kawasan terjejas.

    MENARIK:  Umno arah peguam parti bantu Akmal

    Katanya, sebanyak 11 agensi seperti Petronas, Koridor Utiliti Selangor, Air Selangor, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Kerja Raya, MBSJ, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Syarikat Perumahan Negara Berhad, agensi daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan Tenaga Nasional Berhad sedang giat menjalankan kerja-kerja siasatan bersama PDRM.

    “Unit Dron Pasukan Gerakan Udara PDRM juga meneruskan tinjauan udara waktu malam di lokasi ground zero bagi membantu Pusat Kawalan Tempat Kejadian memantau kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan bencana dengan rakaman visual dan gambar melibatkan 500 meter radius,” katanya.

    Hussein juga berkata dia telah berkesempatan melawat dan menyampaikan sumbangan kepada empat anggota PDRM yang tinggal di kawasan Kampung Kuala Sungai Baru yang terjejas akibat insiden itu semalam.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah