30.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Johor sedia khidmat kaunseling kepada keluarga Cikgu Istiqomah

    Shopee Sale

    Kerajaan Johor menyediakan khidmat kaunseling kepada ahli keluarga mangsa pembunuhan kejam Istiqomah Ahmad Rozi.

    Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Khairin-Nisa Ismail@Md On berkata ia bagi membantu mengembalikan semangat keluarga khususnya anak-anak guru berkenaan.

    "Anak-anak arwah yang masih kecil memerlukan sokongan moral dan mental untuk menghadapi masa depan yang penuh cabaran tanpa ibu mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya semalam.

    Semalam, Khairin-Nisa, Exco Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin dan Adun Tiram Azizul Bachok meluangkan masa menyantuni keluarga Istiqomah.

    "Saya berdoa agar mereka diberikan ketabahan dan kekuatan jiwa serta semoga keadilan ditegakkan dengan pesalah dihukum setimpal dengan perbuatan keji tersebut," katanya.

    Terdahulu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah dalam kenyataan mengesahkan mayat tanpa kepala dan tangan yang ditemukan di tepi jalan di kawasan kampung Tanjung Rimau Luar, Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka pada 31 Dis tahun lepas ialah Istiqomah, 33, yang dilaporkan hilang pada 27 Dis 2023.

    MENARIK:  Gencatan senjata Pakistan-India dicapai hasil tekanan dagang AS

    Polis telah menahan reman sepasang suami isteri bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun isteri suspek berusia 36 tahun yang direman sejak 6 Ogos lepas dibebaskan dengan jaminan polis.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah