26 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    JKM pantau perkembangan adik Zayn Rayyan

    Shopee Sale

    Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus memantau perkembangan adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin yang kini di bawah jagaan nenek saudaranya.

    Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri berkata tindakan dilaksanakan JKM adalah selaras dengan peruntukan undang-undang serta tanggungjawab yang telah diamanahkan.

    Kata Nancy, pihaknya sentiasa komited menjaga kebajikan dan melindungi hak kanak-kanak.

    Dia berkata nilai-nilai kemanusiaan, keadilan, dan kesejahteraan untuk semua terutama kanak-kanak sentiasa diutamakan, dan semua prosedur yang dijalankan adalah demi kepentingan terbaik kanak-kanak itu semata-semata.

    “JKM akan terus memantau perkembangan dan keadaan kanak-kanak terbabit selama tempoh interim dua bulan ini dengan kerjasama orang yang layak dan sesuai (iaitu nenek saudaranya) yang telah diamanahkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Sehubungan itu masyarakat diminta melaporkan sebarang kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak dengan menelefon Talian Kasih 15999 atau menghantar pesanan WhatsApp ke nombor 019-261 5999, atau terus hubungi polis.

    Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini membenarkan hak penjagaan sementara adik kepada Zayn Rayyan kepada nenek saudaranya selama dua bulan bermula hari ini.

    MENARIK:  Wanita sarat mengandung kejar pencuri sejauh 50 meter

    JKM sebelum ini memperoleh perintah jagaan sementara selama dua bulan terhadap kanak-kanak itu yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Shah Alam di bawah Seksyen 25 (2) Akta Kanak-Kanak 2001.

    JKM mengemukakan permohonan perintah jagaan terhadap adik kepada Zayn Rayyan berikutan ibu dan bapa mereka didakwa di mahkamah sesyen pada 13 Jun atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik terbabit dengan cara memungkinkan berlaku kecederaan fizikal terhadapnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah