33.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jepun belasah M’sia 16-0 kelayakan Piala Asia Wanita B-20

    Shopee Sale

    Skuad wanita bawah 20 tahun Malaysia mengalami kekalahan besar apabila dibelasah 16-0 oleh Jepun dalam aksi Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 2026 yang berlangsung malam ini di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

    Perlawanan yang berlangsung penuh dominasi itu menyaksikan pemain Jepun, Anon Tsuda meledak empat gol pada minit ke-4, 23, 30 dan 60. Rakan sepasukannya, Mao Itamura turut mencetak hatrik (14’, 16’, 34’), manakala Asako Furuta menyumbang tiga gol (45’+1’, 46’, 90’+4’).

    Turut mencatat nama sebagai penjaring ialah So Kijoma (53’, 59’, 89’), Sawa Tsuge (64’) dan Yuka Kurimoto (69’, 78’).

    MENARIK:  WCE: Semua proses termasuk bincang penduduk dilaksanakan – MB S’gor

    Kekalahan ini menjadi antara yang paling besar dalam sejarah penyertaan skuad wanita negara di peringkat umur remaja, sekaligus mencerminkan jurang besar kualiti dan pengalaman antara kedua-dua pasukan.

    Kekalahan malam ini meranapkan peluang Malaysia untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia Wanita B-20 2026 selepas tewas 0-3 di tangan Iran semalam.

    Skuad wanita negara akan menutup kempen kelayakan kumpulan F pada Ahad dengan menentang Guam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah