26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jenazah tokoh dan pemikir Islam Syed Naquib Al-Attas selamat dikebumikan

    Shopee Sale

    Jenazah Allahyarham Prof Diraja Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang meninggal dunia petang semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini pada 12.30 tengah hari tadi.

    Van membawa jenazah tokoh ilmuwan dan pemikir peradaban Islam kontemporari berusia 94 tahun itu tiba di perkarangan tanah perkuburan pada 12 tengah hari.

    Jenazah kemudian selamat dikebumikan pada 12.30 tengah hari.

    Turut berkenan berangkat ke pengebumian berkenaan bersama kira-kira 200 ahli keluarga dan kenalan ialah Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

    Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid al-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di Kuala Lumpur, yang turut disertai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    MENARIK:  Malaysia rakan yang dipercayai - Modi

    Solat jenazah yang turut disertai beberapa Menteri Kabinet, ahli keluarga, rakan serta penduduk setempat itu diimamkan oleh anak Allahyarham Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas.

    Syed Muhammad Naquib, pengasas dan pengarah Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) meninggal dunia pada 6.47 petang semalam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah