28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jasad pelajar perempuan mangsa tikam dituntut keluarga pagi tadi

    Shopee Sale

    Jasad pelajar perempuan yang maut akibat ditikam di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya, semalam telah dituntut oleh keluarga mangsa pagi tadi.

    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata mayat pelajar berusia 16 tahun itu dituntut pada 7.30 pagi selepas proses bezah siasat selesai dilakukan di Jabatan Patologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) malam tadi.

    "Ya, jasad telah dituntut keluarga mangsa pada 7.30 pagi tadi. Perkembangan lanjut akan dikongsikan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Sazeli Kahar dalam sidang media pada 11.30 pagi ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

    Sementara itu, tinjauan Bernama di Mahkamah Petaling Jaya mendapati suspek, iaitu pelajar lelaki berusia 14 tahun tiba di pekarangan mahkamah pada 8.40 pagi menaiki kereta peronda polis.

    MENARIK:  ‘Saya bawa ke mana saja’ - Bekas MP akui bawa pistol ke sidang media

    Difahamkan proses permohonan reman telah selesai dan maklumat lanjut akan diberikan semasa sidang media nanti.

    Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi semalam, seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut disyaki ditikam seorang pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di sini.

    Menurut laporan, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian yang berlaku di dalam kawasan sekolah dan suspek merupakan pelajar sekolah yang sama.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah