32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Itali lumpuh mogok sokong Sumud Flotila

    Shopee Sale

    Puluhan ribu rakyat Itali turun ke jalan raya pada Jumaat menyertai mogok umum anjuran kesatuan sekerja CGIL bersama kesatuan akar umbi, sekali gus mengganggu operasi pelabuhan, perkhidmatan kereta api dan lebuh raya sebagai tanda solidariti terhadap Global Sumud Flotilla dan rakyat Gaza.

    Menurut laporan Anadolu Ajansi memetik agensi berita Itali, Rai, CGIL mendakwa 100,000 orang menyertai protes di Milan, walaupun polis menganggarkan jumlahnya lebih 50,000.

    Para penunjuk perasaan memenuhi Piazza Leonardo Da Vinci sambil mengibarkan bendera Palestin dan melaungkan slogan “Free Palestine.”

    Di Genoa, kira-kira 40,000 orang berarak dari terminal feri ke pusat bandar, manakala sekurang-kurangnya 10,000 berhimpun di Brescia.

    MENARIK:  Polis siasat kemungkinan Pamela Ling lari luar negara

    Ribuan lagi bertindak menyekat plaza tol lebuh raya A4 di Vicenza.

    Di Venice, perarakan turut memutuskan akses ke pusat bersejarah bandar itu.

    Di Rom, penunjuk perasaan berarak dari Piazza Vittorio ke stesen Termini dengan membawa kain rentang bertulis “Stop the genocide, we are all Global Sumud Flotilla.”

    Stesen utama ibu negara Itali itu melaporkan pembatalan serta kelewatan perjalanan sehingga 80 minit.

    Sementara itu, pelabuhan Livorno dan Salerno turut lumpuh akibat sekatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah