27.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Itali hantar kapal tentera bantu Flotila Sumud Global susulan serangan dron

    Shopee Sale

    Itali menghantar sebuah frigat tentera laut untuk membantu kapal Flotila Sumud Global (GSF) yang diserang dron pada waktu malam di perairan antarabangsa berhampiran Greece, kata Menteri Pertahanan Guido Crosetto semalam.

    Menurut agensi berita Itali, Ansa, Crosetto berkata dia telah memberi kebenaran bagi tindakan segera dengan mengarahkan frigat pelbagai guna Fasan, yang sedang belayar di utara Crete dalam operasi Mare Sicuro, untuk memberikan bantuan kepada rakyat Itali yang berada dalam flotilla itu.

    “Frigat itu kini sedang menuju ke kawasan berkenaan bagi melaksanakan kemungkinan operasi menyelamat,” katanya.

    Crosetto turut menyuarakan “kecaman paling keras” terhadap serangan itu selepas kapal GSF yang membawa aktivis, termasuk rakyat Itali, diserang dron oleh pihak tidak dikenali.

    “Dalam sebuah negara demokrasi, demonstrasi dan bentuk protes mesti dilindungi selagi ia berlangsung mengikut norma undang-undang antarabangsa dan tanpa menggunakan keganasan,” katanya.

    MENARIK:  Tangguh projek di lokasi padat penduduk, gesa MP DAP

    Sementara itu, jurucakap misi Itali, Maria Elena Delia, berkata kapal dari Itali, England dan Poland turut menjadi sasaran, menyifatkannya sebagai “serangan terhadap tiga negara” dan “episod yang sangat serius yang mencetuskan satu duluan,” lapor Ansa.

    “Kami berharap dunia politik akan campur tangan. Kami diserang sekurang-kurangnya 15 dron,” katanya.

    GSF yang sedang belayar merentasi Laut Mediterranean membawa makanan, ubat-ubatan serta mesej keamanan dijadual tiba di perairan Gaza pada akhir bulan ini.

    Misi bersejarah itu melibatkan lebih 1,000 sukarelawan dari seluruh dunia, termasuk 34 rakyat Malaysia, menaiki hampir 70 kapal dengan matlamat memecahkan sekatan ke atas Gaza.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah