32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu kuil : Firdaus Wong dakwa terima ugutan bunuh

    Shopee Sale

    Pendakwah bebas Firdaus Wong mendedahkan dia menerima ugutan bunuh susulan beberapa hantaran di laman sosialnya yang mempersoalkan kewujudan kuil Hindu di tapak milik pihak swasta.

    Firdaus Wong berkata dia akan membuat laporan polis berkenaan ugutan itu hari ini.

    “Saya akan buat laporan polis selepas solat Jumaat ke atas seorang individu bernama Mohan Raj Thangaraju yang melakukan ugutan bunuh terhadap saya.

    “Saya bercakap soal undang-undang tentang pembinaan kuil haram sebagaimana dilaporkan media dan kajian tetapi mereka pula beremosi tanpa fakta sehingga membuat ugutan bunuh,” katanya dalam hantaran di Facebook.

    Terdahulu sebuah kuil Hindu dilaporkan akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan masjid. 

    MENARIK:  Sara untuk semua medium kongsi rezeki, buat bekalan Ramadan

    Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang terletak di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur itu dilaporkan berusia 130 tahun.

    Ia menjadi isu hangat dan hari ini, PSM mencadangkan agar masjid dibina bersebelahan dengan kuil tersebut.

    Mengulas lanjut, Firdaus menegaskan dia tidak gentar dengan ugutan yang diterimanya dan menasihatkan semua pihak agar tidak mengambil tindakan sendiri membelakangkan undang-undang.

    Dia juga menekankan sebagai orang Islam, adalah lebih baik jika perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa.

    “Apa jua yang berlaku, sahabat teruskan menyokong usaha dakwah,” katanya.

    Malaysiakini telah menghubungi Firdaus untuk maklumat lanjut mengenai laporan polisnya dan sedang menunggu maklum balas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah