29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu KK Mart: SKMM akan teliti penyebaran maklumat salah secara diselaraskan

    Shopee Sale

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah diarahkan untuk meneliti unsur-unsur penyebaran maklumat salah secara diselaraskan melalui siaran media sosial berkaitan isu KK Mart.

    Fahmi semasa sidang media pasca kabinet di Angkasapuri, memetik laporan Malaysiakini semalam yang menyorot kemungkinan percubaan untuk mempromosikan "tingkah laku tidak sahih yang diselaraskan" (CIB).

    “Berkait isu ini saya telah dapat beberapa maklumat. Satu berdasarkan laporan media Malaysiakini yang meneliti aspek kemungkinan berlaku coordinated inauthentic behaviour atau influenced operations (operasi mempengaruhi pendapat).

    "Yang mana satu mesej diulang-ulang di platform sama oleh sejumlah akaun yang tidak dapat dikenal pasti. Sama ada dilakukan secara sengaja atau dengan motif tersendiri.

    MENARIK:  Kes pempengaruh bunuh diri: Ibu buat laporan terhadap 3 individu

    "Saya telah minta SKMM teliti laporan Malaysiakini yang cukup baik," katanya.

    Hantaran pertama itu dipercayai dibuat oleh ahli perniagaan e-dagang Fikri Nasir pada 17 Mac - tiga hari selepas KK Mart memohon maaf kerana menjual stoking tertera kalimah Allah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah