28.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu gelaran ‘Tok Undang’ – SUA MB Negeri Sembilan mohon maaf

    Shopee Sale

    Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Ahmad Shahir Mohd Shah hari ini memohon maaf kepada Undang Yang Empat susulan tindakannya memetik gelaran Institusi Undang ketika Majlis Pelancaran Jentera Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Sabtu lepas.

    Ahmad Shahir berkata sebagai anak Negeri Sembilan yang menjunjung tinggi adat, budaya dan Institusi Undang, beliau memandang serius penggunaan gelaran “Dato’ Undang” kerana ia melibatkan sensitiviti Institusi Adat Perpatih yang sewajarnya dihormati semua pihak tanpa mengira fahaman politik.

    “Saya mulakan dengan permohonan maaf kepada Undang Yang Empat atas tindakan saya yang berseloroh dengan Setiausaha Agung DAP yang juga Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke dengan memetik gelaran yang diberi dalam media sosial kepada beliau (sebagai) 'Tok Undang'.

    MENARIK:  MDCH roboh pembinaan pusat pelancongan di Cameron Highlands

    “Atas kekhilafan tersebut, saya menginsafi dan berharap agar isu ini dapat menjernihkan kekeruhan yang berlaku,” katanya dalam kenyataan di Seremban.

    Beliau berkata PH sentiasa menghormati serta mempertahankan kemuliaan Institusi Undang sebagai warisan berharga yang menjadi identiti dan kebanggaan Negeri Sembilan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah