25.8 C
Kuala Lumpur
Monday, November 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu disiplin dan keselamatan pelajar, kabinet buat keputusan esok

    Shopee Sale

    Kerajaan akan membuat keputusan mengenai isu disiplin dan keselamatan membabitkan pelajar sekolah esok, susulan laporan beberapa insiden tidak wajar sejak kebelakangan ini.

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah mengadakan perbincangan ringkas bersama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai perkara itu hari ini.

    “Kita akan bincang di peringkat Kabinet secara terperinci… tadi saya sudah bincang sedikit dengan menteri (Fadhlina), esok kita buat keputusan,” kata beliau kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai reformasi pendidikan berikutan laporan beberapa kes rogol, bunuh dan buli di beberapa sekolah.

    Anwar ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga Asean (Amem) ke-43, mesyuarat-mesyuarat berkaitan dan Forum Perniagaan Tenaga ASEAN 2025 (Aebf-25) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

    MENARIK:  Doktor ditahan disyaki cabul pekerja

    Semalam, Perdana Menteri berkata langkah tegas bagi menangani isu disiplin dan keselamatan di sekolah yang memerlukan intervensi segera, akan dibincang oleh Jemaah Menteri.

    Sejak akhir-akhir ini, beberapa insiden serius membabitkan pelajar sekolah dilaporkan termasuk kes bunuh di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya serta kes rogol membabitkan beberapa pelajar di Melaka dan Kedah.

    Turut mendapat perhatian ialah peningkatan kes buli di sekolah apabila data Kementerian Pendidikan menunjukkan sebanyak 7,681 kes direkodkan tahun lepas berbanding 6,528 pada 2023.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah