27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Israel dakwa bunuh ketua sayap tentera Hamas pula

    Shopee Sale

    Israel mendakwa pihaknya telah berjaya membunuh Ketua Sayap Ketenteraan Hamas, Mohammed Deif, dalam satu serangan udara di selatan Gaza pada 13 Julai lalu.

    Portal Al-Jazeera yang memetik kenyataan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) melaporkan, risikan rejim Zionis itu mendakwa Mohammed Deif terkorban dalam serangan berkenaan.

    “Kami kini boleh sahkan bahawa Mohammed Deif telah dihapuskan,” kata tentera Israel pada Khamis.

    Setakat ini, pihak Hamas mengakui serangan di Khan Younis itu telah meragut lebih 90 nyawa tetapi menafikan bahawa Mohammed Deif adalah antara mereka yang syahid.

    Agensi berita antarabangsa pula memetik Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, sebagai berkata, pembunuhan Mohammed Deif adalah satu kejayaan yang signifikan dalam usaha menghapuskan Hamas.

    “Pembunuhan ini menunjukkan bahawa Hamas telah berpecah. Anggota pergerakan itu akan menyerah diri atau dihapuskan,” katanya.

    Ismail Hamiyeh

    Rabu lalu, Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Hamiyeh terbunuh dalam satu letupan di kediamannya di Tehran, Iran.

    Selasa lalu, kumpulan Hizbullah Lubnan mengesahkan bahawa komander kanannya, Fuad Shukr terbunuh dalam serangan Israel di pinggir Beirut.

    MENARIK:  Berita palsu: Seorang didakwa, 5 dikompaun RM25,000 setiap satu

    Dia adalah tokoh paling kanan daripada kumpulan itu yang terbunuh dalam konflik hampir 10 bulan dengan Israel. Hizbullah adalah sekutu Hamas.

    Fuad Shukr

    Mohammed Deif dilaporkan sebagai pemimpin kedua tertinggi Hamas di Gaza.

    Dia didakwa sebagai antara individu yang bertanggungjawab merancang serangan pada 7 Oktober lalu di selatan Israel yang mengakibatkan 1,200 kematian.

    Dianggap sebagai antara tokoh Hamas paling dominan, Mohammed Deif memimpin pergerakan itu selama 30 tahun, membangunkan rangkaian terowong dan pakar dalam membuat bom.

    Mohammed Deif juga berada di  senarai paling dikehendaki Israel selama beberapa dekad, selain bertanggungjawab secara peribadi atas kematian berpuluh-puluh penduduk haram Zionis dalam pengeboman berani mati. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah